Objektif Laporan dan Latihan
Objektif Latihan Industri
Latihan industri adalah wajib bagi semua pelajar di Politeknik. Pelajar yang terlibat dalam latihan industri ialah pelajar diploma semester 4 dan bagi pelajar sijil semester 3. Disamping itu, pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan industri yang dijalankan sepanjang semester itu . laporan ini mengenai catatan latihan teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan latihan industri:-
1) Dapat merekod atau catat apa yang dilakukan ketika latihan teknikal dilakukan.
2) Menerangkan secara terperinci setiap langkah yang dilakukan ketika teknikal.
3) Selain itu, objektif Buku laporan harian latihan industri ini juga untuk membantu pegawai organisasi menilai setiap latihan pelajar yang menjalani latihan industri ditempat mereka. Buku laporan tersebut perlu dihantar kepada pegawai berkenaan pada setiap dua minggu sekali untuk disemak dan di tandatangan serta cop.
4) Laporan latihan industri ini juga dapat memudahkan pensyarah kerja atau aktiviti pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
5) Dapat dijadikan bahan rujukan selepas sahaja tamat latihan industri. Supaya ilmu yang diperlajari tidak di sia-sia begitu sahaja.
6) Dapat mempraktikan apa yang dipelajari dari semester 1 hingga 3.
Objektif Laporan Latihan Industri
Laporan Latihan Industri amat dititikberatkan dan merupakan syarat lulus sesi
Latihan Industri, ia adalah bertujuan untuk :
1. Menterjemah kerja-kerja amali yang dilakukan ke dalam bentuk teori.
2. Membentuk peribadi seorang pekerja yang berdisiplin kerana berupaya membahagikan masa dengan sebaiknya.
3. Melahirkan pelajar yang bijak mengurus, merancang dan melaksanakan tugasan dengan cekap.
4. Meningkatkan pemahaman dan penghayatan terhadap tanggungjawab profesional, etika dan sosial.