Seperti yang sedia maklum, Latihan Industri merupakan salah satu elemen yang wajib dilalui oleh setiap pelajar yang menuntut di Politeknik di seluruh Malaysia. Ini adalah untuk membolehkan pelajar dianugerahkan Diploma mengikut kursus yang telah diambil oleh mereka. Latihan industri ini sangat baik kepada golongan pelajar kerana ianya memberi peluang kepada pelajar untuk menimba sebanyak mungkin ilmu serta pengalaman bekerja di organisasi awam mahupun swasta. Pelajar juga akan melalui pelbagai cabaran serta halangan yang dapat membuatkan para pelajar lebih matang dalam melakukan atau membuat sesuatu keputusan atau tindakan.
Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelatih sebagai seorang pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi, pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ianya dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan kerja yang kreatif, kritis dan berkualiti.
Di samping itu, dengan adanya latihan industri pelatih dilatih untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan menepati masa semasa bekerja. Kemahiran berkomunikasi juga dapat dipratikkan oleh pelatih semasa bekerja untuk melayan pelanggan dan bertutur dengan kakitangan organisasi. Latihan industri juga telah melatih pelajar tentang semangat kerja secara berpasukan dan bertukar pendapat serta idea dengan kakitangan lain.
Bukan itu sahaja, pelajar dapat menanamkan sifat sabar dalam diri dan meningkatkan keyakinan diri ketika menjalani latihan industri. Terdapat pelbagai tugas baru yang akan dilalui oleh pelajar ketika melalui latihan industri, jadi sifat sabar perlu diterapkan supaya semua tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan sempurna dan yakin dengan tugasan yang dilakukan serta tidak malu untuk bertanya untuk menyelesaikan tugas yang diberikan.
Jadi, dapat dilihat melalui latihan industri, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai sepanjang latihan dijalankan selama 20 minggu atau lebih kurang enam bulan ini. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelatih sepanjang latihan ini sangatlah berguna dan perlu dimanfaatkan dengan baik pada masa akan datang. Latihan industri ini juga akan dapat melahirkan seorang graduan yang berpengetahuan dan berkeperibadian tinggi untuk merealisasikan wawasan Negara menjelang 2020 kelak.